16 Kualiti Lelaki Yang Wanita Idamkan Jadi Suami


Sebenarnya, tidak terdapat fakta akurat yang boleh menentukan seorang lelaki itu adalah suami yang sempurna. Namun, terdapat beberapa ciri semulajadi atau traits yang boleh dijadikan sandaran kepada wanita di luar sana untuk mencari suami yang sempurna. Juga kepada lelaki yang ingin menjadi suami yang sempurna untuk isteri mereka.

Berikut 16 kualiti lelaki yang wanita idamkan jadi suami :

1. Lelaki yang mesra dengan semua orang tak kira darjat

Ciri lelaki yang patut ada adalah bagaimana cara dia melayan semua orang tanpa mengenal pangkat dan kuasa menentukan cara lelaki itu melayan pasangannya dan keluarganya kelak.

2. Lelaki yang ingat perkara dan tarikh penting

Kadang-kadang walaupun lelaki itu diakui tidak ambil kisah dengan semua perkara namun seeloknya lelaki ini menggunakan teknologi untuk mengingati tarikh lahir pasangannya, tarikh ulangtahun dan tarikh penting lain agar tidak lupa. Zaman sekarang sudah ada kalendar, reminder dan juga personal assistant seperti aplikasi Siri.

3. Pendengar setia walau dalam hal yang tidak dipersetujui

Tak semestinya lelaki itu perlu bersetuju akan semua perkara yang disampaikan oleh pasangannya namun lelaki itu harus tahu pasangannya itu meluahkan perasaan mereka kepada anda kerana mereka selesa dengan anda.

4. Lelaki yang sanggup tonjolkan kelemahan sendiri

Di dalam setiap diri seorang lelaki, ada satu sisi lemah yang jarang ditonjolkan kerana ego lelaki itu kuat. Wanita tahu perkara ini dan mereka ingin tahu yang anda sanggup tolak ego anda kerana mereka.

5. Lelaki kuat dan mampu menjaga mereka

Lelaki perlu tampil kuat apabila pasangannya memerlukannya. Contohnya, ketika wanita meminta anda membuka tudung sos prego sebab ketat sangat.

6. Suka berkasih sayang dan tidak memaksa

Wanita suka akan lelaki yang romantik dan boleh menghiburkan hatinya. Tidaklah lelaki yang berwajah garang, susah nampak tersenyum, tidak boleh diajak bersenda gurau dan sentiasa serius 24 jam kerana ia membosankan mereka.

7. Lelaki yang menjadi sumber inspirasi

Sebagai ketua keluarga, lelaki harus tahu cara yang boleh memberi inspirasi kepada pasangan anda untuk dia berjaya.

8. Seorang lelaki yang menjaga tutur katanya

Kata-kata dan adab lelaki ketika bercakap akan menyerlahkan lagi sikapnya kepada pasangannya kerana wanita inginkan pasangan yang memberi contoh kepada dirinya dan anak-anak yang akan dilahirkan.

9. Lelaki yang menghargai kecantikannya dan selalu memuji

Diakui ramai wanita itu suka dipuji. Jadi, kepada lelaki, silalah puji pasangan anda kerana mereka hanya ada anda.

10. Lelaki yang bekerja keras untuk mencari wang

Terus terang, hampir kebanyakkan benda di dunia ini perlukan duit dan sebagai ketua keluarga, suami wajib keluar berkerja dan menyara hidup pasangan anda dan anak-anak anda. Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka.

11. Lelaki yang sanggup akui kesilapan

Tidak hilang macho seorang lelaki kalau meminta maaf di atas kesilapan anda. Lelaki yang diidamkan akan berkata,"Sayang, Abang minta maaf di atas kejadian tadi".

12. Lelaki yang pemaaf dan boleh menerima kelemahan

Lelaki juga perlu mudah memaafkan pasangan di atas kesalahan atau kegagalan mereka dalam membuat sesuatu perkara. Nilaikan segala perkara itu dengan teliti dan jadi contoh atau 'role model' kepada pasangan anda.

13. Lelaki yang benar-benar mahu berkongsi hidup

Lelaki yang serius dalam perhubungannya akan berkongsi segala benda dengan pasangannya dan tidak takut untuk meluahkan perkara sensitif kerana wanita juga akan serius dengan perhubungan itu kerana sikap anda.

14. Lelaki yang protective

Ditakdirkan lelaki adalah makhluk yang kuat berbanding manusia. Sebagai pasangan, wanita menginginkan lelaki yang berada di sisi mereka ketika mereka di dalam keadaan yang memerlukan.

15. Lelaki yang berdikari dan berwawasan

Lelaki yang bertanggungjawab akan mencorak kisah hidupnya dan pasangannya dan kemanakah hala tuju hidupnya dan perkara ini membuatkan wanita itu teruja untuk melayari hidupnya dengan pasangannya.

16. Lelaki beriman yang taat beribadah dan dapat membimbing

Inilah ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang lelaki yang menjadi idaman wanita yang berakal sempurna. Inilah juga ciri yang paling penting 'wajib' ada dalam diri seorang lelaki yang sesuai dijadikan suami. Sebab apa? Sudah tentu wanita akan mengimpikan seorang lelaki yang boleh menjadi pendorong iman mereka suatu hari nanti.

Selain itu, lelaki seperti ini boleh membimbing wanita ke arah kebaikan iaitu ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Orang yang cukup pegangan agamanya tidak mudah untuk berbohong dalam perhubungan dan mereka sering jujur dalam semua hal. Insya Allah. Sebagai ketua keluarga lelaki perlulah beriman, istiqamah dalam ibadah dan mampu membimbing. Kalau tidak, bagaimana dia nak mendidik isteri dan anak anak nanti.

      Baca : 10 Maklumat Dan Tanda Penagihan Syabu Yang Anda Perlu Tahu

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Sebagai seorang wanita anda harus berhati-hati dalam memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Ramai wanita yang beranggapan bahawa lelaki sejati dan berkualiti itu adalah lelaki yang tampan dan memiliki banyak wang, padahal tidak semestinya.

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: