6 Sifat Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu Jika Ingin Menambat Hatinya


Wanita yang ingin mendalami hati budi seorang insan bernama lelaki itu haruslah mengetahui beberapa sifat umum yang terdapat pada seorang lelaki selain daripada segi fizikal. Pengetahuan ini berguna sebagai panduan untuk perempuan mendampingi, mengenali hati budi, malah ini boleh dianggap sebagai tip untuk perempuan di luar sana menambat hati lelaki yang menjadi pujaan hatinya.

Berikut 6 sifat lelaki yang wanita perlu tahu jika ingin menambat hatinya :

1. Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan dengan wanita. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki lebih suka menyembunyikan

Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Kehendak lelaki adalah mudah

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan lain-lain, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan desak lelaki dedahkan perasaannya

Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

      Baca : 9 Perubahan Perwatakan Lelaki Disebabkan Faktor Peredaran Usia

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik tetapi yang dicari lelaki adalah wanita yang sejuk mata dan hati apabila memandangnya. Apabila dia selalu meminta wanita berdandan, bukan kerana dia mata keranjang tetapi kerana dia ingin wanita terlihat mempesona pada pandangan matanya. Walau lelaki egois, keras dan kuat tetapi lelaki adalah makhluk yang lemah. Lelaki sangat benci dikhianati!

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: