15 Tanda Anda Telah Memiliki Isteri Atau Teman Wanita Terbaik Buat Anda


Sekiranya anda sedang bercinta ataupun masih tercari-cari wanita idaman, artikel ini sangat bertepatan untuk anda. Kalau si dia memenuhi tanda-tanda dalam senarai ini, pegang hati dia kuat-kuat dan jangan lepaskan sampai bila-bila! Tak dapat penuhi kesemua 15 ciri pun, dapat yang ada 4-5 ciri pun sudah bersyukur, Alhamdulillah.

Bagi mereka yang sudah berkahwin pun masih ada manfaat yang boleh anda perolehi menerusi artikel ini. Sekurang-kurang anda akan lebih menghargai isteri anda sekiranya ada beberapa tanda di bawah ini dimiliki oleh isteri anda.

Berikut 15 tanda anda telah memiliki isteri atau teman wanita terbaik :

1. Dia meminati perkara yang sama


Susah nak jumpa wanita yang meminati perkara yang sama seperti lelaki, apatah lagi kalau wanita itu jenis 'gegirl' yang amat. Cukuplah sekadar berkongsi hobi yang sama seperti suka menonton wayang, berjogging atau jalan-jalan cari makan.

Tetapi kalau anda berjumpa wanita 'rare' yang ambil tahu pasal ranking EPL, bermain game MMO, suka baca komik, tonton cerita sains fiksyen atau action, layan lagu genre yang anda minati, pakar pasal dunia motor atau kereta seperti anda dan pada masa yang sama tahu masak makanan kegemaran anda, maka anda mungkin sudah berjumpa dengan soulmate sejati. Jaga si dia baik-baik!

2. Dia tak pernah ganggu kerja anda


Sekiranya teman wanita anda benar-benar memahami jadual harian anda, si dia tak akan sibuk-sibuk mesej atau cuba menelefon anda setiap 5 minit. Itu tanda-tanda teman wanita yang clingy dan asyik nak berkepit dengan anda.

Adakalanya anda perlu bekerja sehingga lewat malam kerana inginkan kenaikan pangkat yang telah ditunggu sekian lama. Jika pasangan anda tidak cemburu, tidak syak wasangka bukan-bukan terhadap anda kerana pulang lewat dan sentiasa menyokong usaha gigih anda di tempat kerja, maka si dialah wanita dunia akhirat buat anda.

3. Dia sentiasa beritahu kenapa dia bad mood


Kebiasaannya wanita suka menyimpan perasaan taknak luahkan kepada pasangan. Mereka fikir orang lelaki ini mempunyai kuasa psikik boleh membaca apa yang ada dalam kepala mereka. Tahu-tahu saja sudah tarik muka masam dan tak mahu balas mesej. Buat orang lelaki jadi tak faham dan pening kepala.

Anda sangat bertuah sekiranya mendapat pasangan yang boleh memberitahu dengan jujur kenapa dia bersikap dingin ataupun kenapa dia berasa marah dengan anda. Inilah yang dikatakan komunikasi paling berkesan.

4. Dia menerima anda seadanya


Ada sesetengah wanita yang mengejar rupa, harta, pangkat dan tahap populariti dalam memilih pasangan. Namun, tiada satu pun nilai yang dikejar ini dapat berkekalan sampai bila-bila. Sampai masa pasti semuanya akan pudar atau berakhir.

Jika si dia boleh menerima segala baik dan buruk anda, sanggup susah dan senang bersama-sama anda, insyaAllah anda akan kekal bahagia bersamanya. Orang putih kata; "through thick and thin."

5. Dia tidak cuba mengubah anda


Mungkin memang ada sesetengah perkara boleh diperbaiki dalam diri anda, maklumlah tiada manusia biasa yang sempurna dalam dunia ini. Tetapi kalau si dia kerapkali mencuba mengubah anda menjadi Mr. Perfect di matanya dan menyebabkan anda tidak selesa, maka mungkin dia bukanlah calon sesuai untuk anda.

Wanita yang terbaik adalah mereka yang boleh menyesuaikan diri dengan ketidaksempurnaan atau perubahan diri anda. Mungkin anda ingin menyimpan sedikit jambang atau membiar janggut tumbuh di dagu ataupun telah 'tertambah' sedikit berat badan, namun si dia masih tetap menyayangi anda seadanya.

6. Dia yakin dengan tubuh badan sendiri


Ramai wanita yang merungut mahu diet dan kuruskan badan seumpama seorang supermodel. Setiap kali tahun baru, mereka pun memasang azam untuk mengurangkan berat badan. Masuk tahun ini, mungkin sudah 8 tahun azam itu masih belum tercapai. Carilah pasangan yang confident, selesa dengan diri sendiri dan tidak obses untuk berdiet sehingga makan nasi saja setiap hari.

7. Dia seorang pendengar setia


Kadangkala ada sesetengah orang perempuan lebih suka bercakap daripada mendengar. Asyik cerita pasal diri sendiri sahaja. Letihlah, penatlah, mengantuklah. Tak pernah tanya langsung pun pasal anda.

Kalau anda mempunyai pasangan yang sanggup bertanya, mendengar cerita dan keluh-kesah anda, maka anda seorang yang bertuah. Dia juga tidak pandai-pandai 'mengajar' anda dan hanya akan memberi nasihat kalau anda minta. Awesome kalau dapat wanita macam ini!

      Baca : 10 Cara Supaya Almari Kekal Kemas Tidak Bersepah

ADVERTISEMENT

8. Dia sangat 'click' dengan anda


Apabila anda bersembang dengannya, anda berdua sering mempunyai pandangan dan penilaian yang sama terhadap perkara-perkara umum dalam kehidupan. Misalnya anda berkongsi pendapat yang sama tentang kepentingan pendidikan sivik dalam masyarakat dan pandangan mengenai adab perhubungan dengan orang lain.

Pendek kata, sembanglah apa-apa topik sekalipun, hatta bidang politik, ekonomi, sosial ataupun kerohanian, anda berdua mempunyai wavelength yang sama. Bayangkanlah betapa harmoninya hidup berdua sehingga ke akhir hayat.

9. Dia bersikap terbuka tentang dirinya


Anda perlu jaga baik-baik teman wanita yang tidak berahsia dengan anda. Anda tahu latar belakang keluarga dan cerita zaman kanak-kanaknya, anda tahu segala masalah hidupnya, anda tahu setiap perkara yang merisaukannya dan anda juga tahu setiap obsesi dirinya sepanjang kehidupan.

Dia menceritakan segala-galanya kerana dia menginginkan anda menyayangi dirinya seadanya. Bukan ibarat muka berjerawat tetapi dilindungi oleh bedak setebal 4 inci. Itu dusta namanya. Jika dari awal perhubungan lagi si dia bersikap terbuka tentang setiap perkara, insyaAllah hubungan anda berdua boleh kekal lama.

10. Anda sentiasa terhibur dan seronok bersamanya


Anda sentiasa terhibur dan have fun apabila bersama dengannya. Anda juga menghargai setiap lawak bodohnya, meme atau video lucu yang dikongsi dan boleh ketawa berdekah-dekah tentang perkara kelakar yang sama.

11. Dia tidak tanya soalan 'membunuh'


Ada sesetengah wanita suka bertanya soalan 'membunuh' seperti "Saya gemuk tak?" ataupun "Nak pakai baju yang ini ataupun yang ini?" Kadangkala anda berasa tersepit tidak tahu nak jawab apa. Maklumlah, orang perempuan ini agak unpredictable. Kalau jawab A salah, jawab B pun salah.

Pokok pangkalnya, ini berbalik kepada poin no.6. Wanita yang yakin dengan diri sendiri sebenarnya tidak perlukan pendapat anda pun tentang apa yang dipakai. Malah, dia yang akan bantu pilihkan padanan baju dan kasut yang sesuai untuk anda. Kalau dapat wanita begini, "she's a keeper, dude!"

12. Dia tidak clingy dan sibuk nak jadi belangkas


Dipendekkan cerita, dia tak merungut kalau anda busy dan perlu siapkan banyak perkara. Dia membiarkan sahaja anda punya waktu peribadi dan tak kuat cemburu buta.

13. Dia suka berjumpa ahli keluarga dan rakan anda


Dia tak kisah ikut giliran balik beraya ke kampung anda kerana dia faham tanggungjawab anda sebagai anak lelaki. Wanita yang cool juga boleh menerima rakan-rakan anda dan lebih cool jika boleh turut serta melepak minum teh tarik bersama anda dan rakan-rakan.

14. Dia pandai buat surprise untuk anda


Kebiasaannya kaum wanita sahaja yang selalu mengharapkan lelaki nak buat kejutan romantik untuk mereka. Nak bunga di pejabat, nak cincin dalam cawan, nak surprise party, nak kunci kereta dalam kasut. Namun, kalau anda dapat isteri atau girlfriend yang suka beri kejutan kepada anda dan tahu jenis hadiah kejutan yang anda minati, si dia boleh mengelakkan kebosanan dalam perhubungan.

Contohnya, isteri tiba-tiba ajak anda keluar makan nasi kandar tengah malam buta, ataupun si dia dalam diam kumpul duit belikan sport rim yang anda idam-idamkan selama 3 tahun. Haa, bertuah kan?

15. Dia tak kuat membebel


Perkara terakhir ini selalunya yang paling ditakuti dan digeruni oleh orang lelaki. Pasangan wanita yang awesome adalah mereka yang tidak suka mencari kesalahan, boleh mengabaikan benda remeh-temeh dan tak kuat berleter. Kalau dapat kahwin dengan perempuan macam ini, alangkah bahagianya hidup.

      Baca : 15 Kesalahan Membasuh Kerap Dilakukan Yang Merosakkan Pakaian

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Kadang-kala kita begitu mencintai seseorang, hingga hidup terasa kosong tanpa kehadiran orang tersebut. Kita akan bertanya-tanya apa yang kita lakukan dengan hidup kita di masa lalu, ketika orang tersebut belum ada dalam hidup kita. Kita akan bertanya-tanya apa saja hal-hal hebat yang dapat kita lakukan di masa depan, ketika orang tersebut selalu hadir di samping kita.

Kadang-kala kita begitu mencintai seseorang sampai kita tidak mengerti apa sebabnya. Sebenarnya anda tidak perlu sebab atau alasan untuk mencintainya. Jika anda mencintai dia sebesar itu, boleh jadi dia juga mencintai anda sama dalamnya. Jangan lepaskan dia!

- Daku Amat

Tags : isteri paling cool girlfriend awesome perempuan perhubungan pasangan hidup isteri teman wanita percintaan rumah tangga pengetahuan tips lelaki
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: