9 Tanda-Tanda Kucing Peliharaan Anda Akan Mati


Bagi anda yang memiliki kucing peliharaan yang sedang sakit mungkin anda harus tahu apa tanda-tanda kucing yang akan mati supaya setidaknya anda sebagai pemilik kucing boleh memberikan perawatan yang maksima sebelum kematian menjemputnya.

Berikut 9 tanda-tanda kucing peliharaan anda akan mati :

1. Kucing menjadi pasif


Seekor kucing yang sudah mendekati kematiannya atau sedang dalam keadaan sakit yang sangat berat maka kucing kebiasaannya hanya akan berbaring saja dan tidak bergerak seolah-olah sukar menggerakkan badannya. Ini tanda-tanda bahawa kucing akan mulai mengeras dan kaku di seluruh tubuhnya.

2. Kucing diam tidak bersuara


Kucing tidak bersuara juga salah satu tanda ia mendekati kematian. Tenaga kucing menjadi sangat lemah yang membuat ia sangat sukar untuk mengeluarkan suara. Ada juga ia mengeluarkan sesekali suara cukup keras dan biasanya kerana rasa sakit yang ia alami menjelang kematiannya. Pendek kata, jika suaranya semakin mengecil maka kematiannya sudah semakin hampir.

3. Penurunan suhu badan dan denyutan jantung


Kebanyakkan kucing memiliki suhu purata 36 darjah celcius dan ia akan semakin menurun jika sudah menghampiri kematian, denyut jantungnya juga semakin lama semakin melemah. Denyutan jantungnya juga biasanya semakin tidak teratur sebelum akhirnya benar-benar berhenti berdenyut (mati).

4. Perubahan perwatakan


Kalau kucing anda memang sudah terbiasa mudah untuk dipegang, mungkin saja kucing anda berubah menjadi pemarah dan tidak mahu dipegang kerana sedang kesakitan. Ada juga sesetengan kes lain, jika kucing anda biasanya bersifat berdikari dan sering keluar rumah, sekarang jadi selalu mencari perhatian dan ingin ditemani tuannya.

5. Perubahan penampilan


Kucing anda juga akan berubah menjadi lebih kusut dari biasanya serta tidak punya tenaga untuk grooming sendiri. Sekiranya ia berlaku pada kucing anda, segeralah bawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut.

6. Perubahan selera makan


Kucing yang sedang sakit kuat, tidak lagi mahu makan dan minum, bahkan jika diberi makanan kesukaannya pun tetap tidak mahu makan. Jika kucing anda tidak mahu makan 2-3 kali jadual makan secara berurutan, sebaiknya anda bawa ke doktor veterinar untuk diperiksa lebih lanjut.

7. Nafas tidak teratur


Kucing anda juga akan bernafas secara keras sehingga berbunyi. Dan mungkin terjadi di mana kucing anda akan membuka mulut serta mengeluarkan lidahnya.

8. Kucing akan bersembunyi


Kucing yang sudah tahu bahawa ia akan mati, atau kucing yang sedang sakit akan mula mencari tempat yang dianggapnya sangat selesa. Kekadang sangat jauh dari pemiliknya jika kucing itu biasa keluar rumah. Kucing akan mencari tempat yang memang benar-benar tidak panas, teduh atau gelap. Mungkin saja di bawah kenderaan, di bawah pokok atau di bawah katil. Seolah-olah tidak mahu tuannya melihat dia mati.

9. Menghilang tanpa jejak


Tanda lain yang kucing anda akan mati ialah secara tiba-tiba kucing anda menghilang tanpa ada yang tahu. Mungkin ia faham dan tidak mahu tuannya sedih melihat ia mati. Oleh itu, tuannya harus siap dari segi mental untuk kehilangan kucing kesayangan dan pastinya itu sangat membuat anda sedih.

      Baca : 8 Spesies Ikan Paling Berbahaya Di Dunia

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Mengucapkan selamat tinggal memang tidak pernah menjadi hal yang mudah bagi anda pecinta kucing, di mana kucing memang sudah menemani anda hari-hari dan dianggap sebahagian daripada anggota keluarga. Tetapi jika anda dapat mengetahui lebih awal tanda-tanda kucing anda akan pergi selamanya, ia mungkin akan membuatnya lebih selesa dengan menemani serta mengungkapkan betapa anda menyayanginya, dengan mengelusnya lembut dan ada di sisi ketika ajal menjemput kucing kesayangan anda.

- Daku Amat

Tags : kucing haiwan peliharaan kucing kesayangan veterinar pengetahuan
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: