8 Ilmu Berguna Bagi Model Bisnes Menggunakan Sistem Agen


Dalam model bisnes menggunakan sistem agen banyak syarikat yang tikam agen dari belakang. Bisnes kita jangan begitu. Headquarters atau HQ boleh merosakkan sistem agen jika zalim dalam memberikan diskaun kepada agen dan pembeli. Itu sebab 'ethical branding' asas menjaga kepercayaan. Kepercayaan agen kepada HQ.

Berikut 8 ilmu bisnes yang menggunakan sistem agen :

1. Model bisnes

Setiap model bisnes mempunyai ciri-cirinya sendiri. Ia juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Apa yang penting kita mesti tahu model bisnes apa yang digunakan. Dengan itu kita tahu kekurangan model itu, dan kita dapat menerima kekurangan tersebut sebagai unsur yang perlu dihadapi sebagai 'ciri natural' dalam bisnes kita.

2. Sistem agen

Sebagai contoh, apabila kita memilih model bisnes yang menggunakan sistem agen, majoriti agen itu tidak mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai volume jualan yang tinggi. Daripada 100 orang agen, tidak sampai 20 orang yang prestasi jualannya tinggi. Angka begini memang natural dalam sistem agen.

3. Sekadar mahu pendapatan tambahan

Majoriti individu yang menjadi agen tidak mempunyai motivasi kerja yang datang dari cita-cita mahu menjadi jutawan. Mereka itu cuma mahu mencari pendapatan tambahan sahaja. Sudah dapat duit tambahan, mereka pun puas hati. Inilah yang menyebabkan prestasi jualan majoriti agen adalah sangat rendah.

4. Hukum angka

Prinsip Pareto memang mudah dilihat berlaku dalam sistem agen. Daripada 100 orang agen, 20 orang agen menghasilkan 80% jualan. Jadi, jangan kita membakar tenaga cuba menaikkan semangat 80 orang agen yang prestasi jualannya rendah.

Gunakan tenaga kita bagi merekrut sebanyak-banyak agen baru. Dalam sistem ini kita bermain dengan 'hukum angka'. Bagi mendapatkan 100 orang agen yang bagus, kita perlu merekut 500 orang agen.

5. Kesilapan peniaga amatur

Kesilapan yang selalu dilakukan oleh peniaga amatur, kita berfikir sampai sakit-sakit kepala mencari jalan hendak memotivasi agen-agen yang jualannya rendah supaya mereka itu menaikkan angka jualan mereka.

Macam-macam usaha dijalankan bagi menyuntik semangat agen-agen itu supaya tingkatkan usaha menjual, tapi hasilnya macam itu juga. Lama-lama kita sendiri patah semangat. Kita berasa kita yang gagal menjalankan tugas kita.

6. Rekrut agen

Tidak boleh kita berhenti merekrut agen-agen baru. Ini kerja yang mesti terus menerus dijalankan. Bakar tenaga kita bagi mendapatkan 20 orang agen yang jualannya tinggi. Berikan sokongan kepada kumpulan ini supaya mudah bagi mereka menaikkan jualan masing-masing. Abaikan 80 orang agen yang jualannya rendah.

7. Program pembangunan agen

Apabila mahu mendorong agen-agen kita supaya mereka berusaha lebih gigih menjual, lakukan ini :

● Kenalpasti agen-agen yang memang mempunyai motivasi dalaman yang tinggi. Mereka itu mampu mendorong diri mereka sendiri.

● Sediakan program pembangunan agents yang khusus untuk mereka.

● Sediakan formula insentif khusus untuk mereka. Mereka itulah yang menjadi 20% agen yang mampu menghasilkan 80% jualan.

8. Rekrut yang mindset sama dengan produk

Golongan yang sanggup menjadi agen menjual barang orang lain tidak semuanya mempunyai mindset yang serupa. Macam-macam orang bekerja menjadi agen, masing-masing dengan mindset masing-masing.

Kita perlu merekrut agen yang mindsetnya sesuai dengan barang kita. Jika barang kita mudah dijual tetapi marginnya kecil, janganlah kita memburu agen yang mindsetnya hendakkan margin besar.

      Baca : 7 Perkara Suami Boleh Tolong Isteri Yang Sedang Mabuk Mengandung

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Sistem dropship adalah sistem agent. Barang mesti laku, baru agen dapat menjualnya. Terima realiti bahawa 80% agen kita takkan bersungguh-sungguh menjual barang kita. Buat barang yang laku, yang mudah dijual. Kemudian barulah dilantik agen-agen.

Agen hanya dapat menjual barang yang marketingnya dijalankan bertalu-talu. Andai kita sendiri tidak mampu nak jual barang kita, jangan sangka agen boleh jual.

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: