5 Sikap Ini Bukti Ramai Cikgu Sebenarnya Tidak Serius Jadi Cikgu?


Profesion seorang guru memang mencabar mengikut peredaran zaman. Bukan mudah untuk menjadi pendidik demi memandaikan bangsa. Sebab itulah kerjaya seorang guru selalu dipandang mulia sejak dahulu lagi. Namun begitu bukan bermakna tiada masalah dalam institusi perguruan ini. Berikut di bawah ini luahan seorang guru terhadap kerjaya perguruan dari pandangan kaca mata beliau.

Aku seorang guru berumur 29 tahun. Mengajar di salah sebuah sekolah rendah di negeri Selangor. Aku tengok ramai netizen beberapa hari ni kutuk cikgu macam-macam sebab ada satu isu viral soalan matematik budak. Komen yang aku baca banyak kutuk cikgu dalam bermacam hal. Aku setuju. Aku sudah 5 tahun berkhidmat ni pun kadang-kadang rasa macam orang gila tengok kerenah cikgu-cikgu ni.

Berikut 5 sikap ini bukti ramai cikgu sebenarnya tak serius jadi cikgu? :

1. Cikgu veteran takut nak ambil pendekatan baru


Ini, salah satu hal yang susah betul nak kata tidak berlaku. Bila aku borak dengan kawan-kawan satu batch yang posting, ramai yang kata perkara yang sama. Cikgu lama seperti tepu, macam konkrit. Tak mahu terima pembaharuan langsung. Nak juga kekal teknik P&P (pembelajaran dan pengajaran) zaman dia belajar dekat Maktab. ABM masih pakai manila kad. Nak kekalkan "teacher talks, student listen".

2. Cikgu-cikgu berlakon buta ICT


Aku kesian betul dengan seorang cikgu ni di sekolah aku. Cikgu lelaki. Dia dulu jurusan IT kemudian jadi cikgu. Sudah berumur, 30 tahun lebih. Bila ada masalah berkaitan komputer, dia kena. Bukannya masalah makmal komputer, itu nasib baik technician ada, ini masalah komputer peribadi.

Laptop hang, komputer lembap nak buang apps dari telefon, memory telefon penuh pun cari dia. Sekarang ini zaman teknologi. Masalah-masalah macam tu boleh saja buka internet tengok solution. Tak pun pergi hantar kedai. Semua nak perkhidmatan free saja cikgu-cikgu ni. Kesian aku tengok dia melayan cikgu-cikgu ni. Pakai tahu, menjaganya tak nak pula!

3. Selalu mengeluh bila kena buat kerja yang melibatkan anak murid


Aku selalu marah bila rakan sekerja aku merungut-rungut kalau dia kena hantar pelajar ke acara pelajar seperti sukan atau pertandingan. Bukannya selalu, sekali-sekala. Dia punya merungut tu macam dunia sudah nak kiamat.

Nak buat macam mana lagi, kita tiap-tiap orang cikgu ada kena assign dengan aktiviti ko-korikulum. Buat untuk budak-budak apa salahnya? Kalau budak menang, dia pulak yang melebih-lebih nak kata dia yang latih budak-budak tu.

4. Tak terbuka menerima bantuan kerajaan pada cikgu


Kami ada dapat telefon dengan tablet. Tak pakai pun. Kutuk pun ada. Benda elok, benda percuma, boleh pulak dikutuknya dikata baik tak payah bagi. Logik ke pemikiran macam tu boleh jadi cikgu? Karang tak bagi marah pula.

Memang aku akui susah kami nak utilize benda tu terutamanya telefon 4G sebab kami sendiri tak tahu macam mana nak guna. Tiap-tiap bulan kami diberikan 2GB mobile internet secara percuma jadi daripada korang kutuk-kutuk benda tu tak ada faedah, apa kata gunakan kemudahan yang sudah diberikan ke arah yang berfaedah? Benda itu ada dalam tangan kita, Kita yang kawal.

5. Tak minat jadi cikgu tapi nak gaji cikgu


Tiap-tiap sekolah mesti ada 3-4 orang cikgu macam ni. Sudahlah menyusahkan orang. Dia lagi sibuk pergi buat benda lain yang aku malas nak tanya apa dia buat sampai orang lain kena relief kelas dia. Ada seorang cikgu sekolah aku, rupanya dia rajin masuk kelas 2 minit bagi kerja kemudian dia keluar. Pergi ke mana aku tak tahu?

Tiap-tiap hari buat macam tu sampai budak tak belajar apa. Sudah kena tegur open-open masa mesyuarat pun dia buat tak peduli. Orang muda. Aku rasa dia ni datang sekolah pun sebab ada kontrak wajib kena berkhidmat, lepas habis larilah dia. Seronok makan gaji buta. Lepas tu nampak lagi banyak buang masa makeup kereta Myvi dia tu. Myvi aje pun. Makeuplah macam mana pun bukan boleh jadi Ferrari!

      Baca : 6 Nasihat Untuk Mereka Yang Susah Sesuaikan Diri Dalam Alam Pekerjaan

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Macam itulah kisah aku. Saja aku nak luahkan sementara tengah panas isu cikgu. Aku yang cikgu pun kutuk cikgu tapi niat aku tulis ni baik. Aku tak suka tengok kaliber cikgu sekolah dipermainkan oleh mereka yang banyak ambil kesempatan. Lagipun dulu profesion cikgu sangat berprestij, tak macam sekarang.

- Daku Amat

Tags : profesion guru sekolah pendidikan murid-murid pengetua sekolah
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: