11 Jenis Kategori Manusia Di Media Sosial

Anda pastinya sudah 'khatam' dengan nama dan cara-cara menggunakan beberapa media sosial, dari mulai Twitter, Facebook, YouTube, Instagram dan masih banyak lagi yang lainnya. Tetapi anda tahu tak, agak-agaknya anda termasuk dalam jenis kategori apa dalam menggunakan media sosial?

Ini kerana setiap orang pasti mempunyai karakter dalam media sosial yang berbeza. Memahami karakter anda dalam media sosial juga dapat membantu anda untuk lebih mengenali para pengguna media sosial berdasarkan karakter dan keperibadiannya.

Berikut 11 jenis kategori manusia di media sosial :


1. Kaki swafoto


Mereka yang bersifat agak narsisistik (yakni cenderung memuja atau me­nga­gumi diri sendiri dengan berlebihan). Dalam kereta dia selfie, dalam rumah tengah tengok tv dia selfie, tengah makan dia selfie, lepas mandi dia selfie, di pejabat dia selfie, sebelum tidur pun selfie. Pendek kata, kamera telefon mod selfie itu sentiasa on sajalah.

2. Kaki hashtag foodporn


#Foodporn merujuk pada makanan yang terlihat begitu menggiurkan. Orang begini akan update gambar setiap kali dia makan. Kena susun terlebih dahulu segala sudu, pinggan dan tisu bagi tangkap angle itu cantik-cantik macam dalam majalah. Walaupun ketika minum air masak pun dia mesti tangkap gambar kena bagi nampak artistik dan hipster.

3. Kaki politik


Mereka yang jenis ini pula apabila berasa tidak puas hati saja semua benda dia nak kaitkan dengan politik. Semua tak betul, semua tak boleh, semua salah pembangkang atau salah pihak berkuasa. Diri sendiri sahaja yang tak salah.

4. Kaki share tip-tip


Jenis yang ini selalunya wanita. Segala macam tip daripada tip kebahagiaan rumahtangga, tip bercinta, tip memasak, tip jaga anak, tip deko rumah, semua benda dia share. Kalau waktu dia nak bagi hint pada suami, dia akan taglah suami siap-siap. Entah suami itu baca ke tidak.

5. Kaki share quote


Kaki kongsi quote ini suka kongsi kata-kata hikmah dan petikan ungkapan daripada tokoh-tokoh, selebriti atau orang terkenal. Ya, memang benar sifat ini bagus kalau kongsi benda baik. Tapi kadang-kadang itu, petikan kata yang tak betul pun dia main tekan share juga. Harap boleh selidik terlebih dahulu sebelum dikongsikan.

6. Geng mak-mak


Asyik 24 jam update aktiviti anak. Album gambar di media sosial dipenuhi dengan gambar anak-anak dia sahaja. Daripada anak masih dalam kandungan, baru lahir sehinggalah anak membesar tahap demi tahap, sentiada diupdate. Kadang-kadang share tip-tip kekeluargaan terutama yang berkaitan kehamilan dan anak-anak.

7. Usahawan berjaya


Walaupun secara umumnya setiap peniaga perlu membuka page tersendiri untuk aktiviti perniagaan mereka, namun masih ramai yang menggunakan akaun peribadi untuk berniaga, ini termasuklah berniaga online. Maka, anda nampaklah setiap hari puluhan status yang mempromosikan produk serta perkhidmatan mereka. Kalau ada selit cerita-cerita lain pun mesti bersangkut-paut dengan perniagaan mereka juga.

8. Pasangan bercinta


Ya, saat bercinta memang semuanya indah. Walaupun duduk bersebelahan, namun mereka masih memuatnaik status sambil membalas-balas komen sesama sendiri. Anda boleh saksikan sendiri perkembangan mereka dari zaman mula-mula bercinta, selfie berdua, makan bersama, tonton wayang lewat malam sehinggalah ke sesi melamar secara romantis. Semua maklumat dan kisah cinta mereka jadi tatapan rakan media sosial lain.

9. Kaki sukan


Kebiasaannya orang lelaki yang merupakan peminat tegar sukan memang selalu update status berkisar tentang sukan kegemaran mereka. Namun, sekarang ini wanita juga ada yang kaki sukan selalu update status pasal sukan. Bagi yang minat bola sepak, mereka akan sentiasa berkongsi jadual terbaru perlawanan bola sepak sambil meng'ayam-ayam'kan pasukan lain. Apabila pasukan mereka menang, banyak status susulan untuk meng'ayam'kan pihak lawan akan ditulis dan sesi ini berterusan selama beberapa hari. Selain itu mereka selalu berkongsi maklumat berkenaan jersi, pemain-pemain bola sepak dan artikel-artikel berkaitan.

10. Kaki update memanjang


Ada segelintir orang suka betul muatnaik status baru di Facebook setiap 5 minit. Dalam sehari, mungkin ada lebih kurang 20-30 kali statusnya dikemaskini. News feed penuh dengan nama mereka saja. Agaknya mereka sangka Facebook itu fungsinya adalah seperti Twitter. Ada yang kata golongan seperti ini agak menjengkelkan namun anda punya pilihan untuk sembunyikan news feed mereka daripada pandangan. Janganlah unfriend terus, tak baik putuskan silaturrahim.

11. Geng agamawan


Mereka ini orang yang selalu memikirkan perkara agama. Bagus mereka ini suka berkongsi perkara agama yang kebiasaannya orang mudah lupa. Mereka juga selalu berkongsi status agama dengan niat untuk mengingati diri mereka sendiri dan kalau ada orang lain yang dapat manfaat daripada perkongsian mereka, itu sudah dikira amal kebaikan bagi mereka. Yalah, daripada berkongsi status 'cia cia cia' yang tak ada manfaat lebih baik kongsi status-status agama yang bersifat perkara yang haq.

Namun, apabila berkaitan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis Nabi s.w.t serta hal-hal yang berkaitan hukum-hakam dalam agama, umat Islam dinasihatkan supaya merujuk kepada jabatan agama dan golongan pakar agama bertauliah bagi mengesahkan kesahihan catatan berkaitan agama Islam di media sosial. Ini kerana pada hari ini, kita boleh lihat banyak hadis dan dalil-dalil agama yang tidak tepat tersebar luas di media sosial. Ini boleh mendatangkan kekeliruan terutamanya kepada mereka yang baru dan ingin mendekatkan diri kepada agama.

      Baca : 14 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Menyewa Rumah

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Trend terbaru sekarang ini pula ialah buat video Live sambil memandu. Walaupun anda tidak pegang telefon menggunakan tangan, tetapi tahukah bahawa fokus dan minda anda akan terganggu disebabkan mata asyik tengok kamera. Jangan sampai video info-sharing atau bebelan anda itu bertukar menjadi video kemalangan anda secara live sudahlah. Harap anda hentikan perbuatan membahayakan sebegini. Kalau nyawa anda tak berapa penting, banyak lagi nyawa orang lain yang penting!

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: