22 Gejala Kanser Untuk Anda Ketahui Tanda-tanda Awal Kanser Dengan Segera

Para pesakit kanser sering kali tidak mengetahui jika dirinya sedang terserang kanser. Gejala kanser dapat dilihat dari yang paling mudah sampai yang sedikit lebih rumit. Gejala kanser yang mudah diamati tentu yang senang untuk dilihat oleh mata kasar seperti yang terdapat pada permukaan kulit. Sedangkan yang lebih rumit jika gejala kanser itu terdapat dalam tubuh sehingga diperlukan pemeriksaan lebih lanjut untuk memastikan apakah gejala-gejala tersebut memang mengarah pada kanser.


Kanser itu sendiri merupakan penyakit yang sangat banyak jenisnya. Tercatat ada lebih dari 200 jenis kanser yang masing-masing memiliki gejalanya sendiri. Tentu hal ini sangat menyukarkan jika harus mengenalinya satu persatu. Namun setidaknya anda harus mengetahui beberapa gejala kanser agar dapat berwaspada jika gejala tersebut terjadi pada anda atau orang-orang di sekitar anda. Harapannya, pengesanan awal kanser dapat dilakukan sehingga cepat dapat dirawat.

Berikut 22 gejala kanser untuk anda ketahui tanda-tanda awal kanser dengan segera :

1. Senak atau sakit perut

Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Sakit seperti sesuatu menusuk

Sakit seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas. Pankreas merupakan salah satu organ di dalam struktur pencernaan manusia yang tugasnya memproduksi hormon dan enzim untuk menghancurkan makanan di dalam perut.

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan

Perut kejang dan sakit perut yang berterusan adalah petanda kepada kanser hati. Mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.

4. Perut rasa penuh selepas makan yang sedikit

Asid perut kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja.

Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.

5. Kehilangan berat badan

Anda seorang yang tidak aktif tetapi jika berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan. Ketahuilah bahawa ini adalah petanda awal kanser kolon.

6. Jaundis atau demam kuning

Kanser pankreas, satu lagi salah satu "pembunuh senyap" yang sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata, di mana simptomnya air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat.

Penyakit kuning juga boleh menyebabkan berlakunya kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah.

7. Berdehit atau sesak nafas

Sesak nafas, sakit dada atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.

8. Batuk yang kronik atau sakit dada

Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.

9. Kerap demam atau terkena jangkitan

Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman.

10. Kesukaran menelan

Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak. Kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga.

11. Bengkak muka

Sesetengah pesakit kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

12. Nodus limfa yang membengkak

Nodus limfa yang membengkak (benjolan) di kawasan leher, ketiak atau pangkal paha. Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

13. Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti

Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan.

14. Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis

Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis boleh menjadi tanda-tanda kanser jika ia berlaku lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas seperti flu atau keracunan makanan. Mereka yang didiagnosis menghidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas.

Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti yang sepatutnya.

15. Sukar membuang air kecil

Tanda-tanda awak kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing. Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.

16. Masalah ereksi

Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda kemungkinan anda menghidap kanser prostat.

17. Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen

Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau bahagian paling rendah di belakang. Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.

18. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya

Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang dalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas.

19. Kulit berkerak atau berdarah dengan mudah

Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu bahawa tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tetapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering.

Tambahkan pengetahuan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit seperti melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus. Periksa kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau berbintik.

20. Perubahan pada kuku

Perubahan yang tidak dapat dijelaskan puncanya pada kuku boleh manjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.

21. Ketulan atau perubahan di payudara

Kanser payudara merupakan penyebab utama kematian kanser di kalangan wanita Malaysia. Pengesanan di peringkat awal perlu dilakukan agar rawatan yang sewajarnya dan berkesan dapat diberikan. Ia boleh dilakukan melalui kesedaran wanita itu sendiri dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan terutama di kalangan mereka yang berumur 20 tahun ke atas.

Wanita yang telah berumur 30 tahun ke atas pula patut menjalani pemeriksaan dengan doktor atau kakitangan perubatan berkelayakan. Pemeriksaan yang berkala dapat mengesan kejadian kanser payudara di peringkat awal dan memudahkan rawatan yang lebih berkesan.

Wanita harus peka kepada perubahan yang berlaku pada payudara dan puting. Tanda-tanda awal kanser payudara adalah apabila ada perubahan rasa di payudara atau puting, ketulan (benjolan) atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak, puting payudara yang terasa tegang dan sakit. Selain itu perubahan dilihat pada payudara atau puting seperti perubahan saiz dan bentuk payudara, puting payudara terperosok ke dalam dan berlaku kedutan pada kulit di payudara.

22. Berlaku pendarahan pada faraj secara tidak normal

Kanser pangkal rahim atau dikenali juga sebagai kanser serviks adalah salah satu kanser yang cukup dikenali dalam kalangan wanita di seluruh dunia. Ia berlaku dalam sel-sel pangkal rahim iaitu di bahagian bawah rahim yang bersambung dengan faraj. Hampir semua kes kanser pangkal rahim disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai Human Papillomavirus (HPV). Wanita pada semua peringkat umur berisiko mendapat kanser ini selepas mereka mula melakukan persetubuhan. Faktor-faktor risiko termasuk melakukan seks secara tidak selamat, seks secara rambang, berat badan berlebihan, penggunaan pil perancang, genetik, merokok, imuniti yang lemah, kehamilan berganda dan kehamilan pertama pada usia yang muda.

Salah satu perkara yang paling menakutkan tentang kanser ini ialah ia tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. Selepas penyakit itu telah merebak ke pundi kencing, hati, usus atau paru-paru, tanda-tandanya mula kelihatan. Sebagai seorang wanita dewasa, jika anda melihat apa-apa perubahan yang luar biasa atau tanda-tanda yang memberikan kesan kepada organ-organ pembiakan anda, berjumpalah dengan doktor sebagai langkah awal pencegahan. Peluang anda untuk berjaya merawat kanser pangkal rahim adalah lebih tinggi jika ia dikesan pada peringkat awal.

Tanda-tanda awal kanser serviks yang perlu anda tahu adalah seperti; berlaku pendarahan pada faraj secara tidak normal di mana kebanyakan wanita yang didiagnosis dengan kanser serviks mengalami pendarahan yang tidak teratur, faraj mengeluarkan suatu cecair yang luar biasa iaitu lelehan pada faraj bertambah, bau busuk dan cecair yang keluar tidak tetap. Selain itu, terasa sakit semasa melakukan hubungan seks adalah satu lagi tanda awal kanser serviks yang penting. Gejala ini menunjukkan kanser serviks yang telah merebak ke seluruh tisu-tisu dan organ-organ pembiakan.

Tanda-tanda lain adalah kesakitan pada pelvis yang berlangsung dalam tempoh yang lebih lama dan lebih kerap berlaku, ketidakselesaan semasa membuang air kecil termasuk rasa seperti terbakar atau rasa pedih ketika membuang air kecil, tempoh haid yang lebih lama dan pendarahan dianggap berat jika anda perlu menukar tuala wanita atau tampon lebih kerap daripada sekali dalam tempoh setiap 2 jam, kehilangan kawalan pada pundi kencing adalah masalah utama apabila seseorang itu menghidap kanser serviks, kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, keletihan yang berterusan walaupun anda telah lama berehat dan mengalami bengkak serta sakit pada kaki.

      Baca : 7 Penderaan Senyap Yang Ramai Ibu Bapa Lakukan Pada Anak Mereka

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Adalah penting untuk segera membuat pemeriksaan pada diri jika melihat gejala-gejala kanser di atas hinggap di tubuh anda. Pemeriksaan kanser secara awal yang diikuti perawatan kanser secara cepat dapat menyelamatkan jiwa seseorang. Mengenali gejala kanser dengan baik juga merupakan bekal untuk selalu memantau kesihatan tubuh kita agar terhindar dari penyakit kanser yang membawa maut.

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: